skip to main | skip to sidebar

Kami di FB..

Telekung Online Cap Emak Saya

Promote your Page too

Tentang Emak Saya..

Assalamualaikum,

Telekung Online Cap Emak Saya dinamakan kerana setiap design yang dijual disini diinspirasikan oleh Emak saya. Sejak dahulu lagi, beliau suka mencuba telekung yang dijual oleh rakan-rakan beliau dan beliau secara personal berkongsi cara jahitan dan beberapa cara untuk upgrade keselesaan pemakai bersama tailor kami. Bermula dari 1 jenis design, kini kami telah mempunyai 4 jenis design.

Emak saya adalah seorang tukang jahit dahulunya & sehingga kini tinggal di Shah Alam. Bermulanya perniagaan ini adalah disebabkan beliau menjalankan perniagaan telekung secara tidak rasmi dan secara kecil-kecilan. Penjualan bermula dari 2,3 helai telekung kepada kawan-kawan beliau dan kini semakin meningkat penjualannya berdasarkan permintaan yang semakin menjadi²..

Blog ini kemudian diadakan bagi memudahkan urusan pembelian bagi mereka-mereka yang ingin membeli telekung tanpa perlu berjalan-jalan ke kedai-kedai atau pasar-pasar untuk membelek kualiti telekung.

Produk kami berkualiti tinggi, homemade dan InsyaAllah, anda pasti akan berpuas hati.. Tak caya cuba try test.. :)

Borang Tempahan

SILA KLIK DI SINI..

Pautan..

  • Al-kesah
  • Papan kenyataan
  • Spesifikasi
  • Harga & cara pembayaran

Semakan @Poslaju

  • Pos Laju (Track & Trace)

Followers

Pengunjung..


pengunjung sejak 15 Mac 2010..

.: Telekung Online Cap Emak Saya :.

..blog ini diadakan bagi memudahkan anda untuk membuat pembelian telekung handmade secara online.. jadi, mari la beli telekung ini dan hadiahkanlah untuk diri sendiri atau kepada orang tersayang.. hehe..

Posted by Telekung Online Cap Emak Saya on TOCES

Spesifikasi telekung..

Spesifikasi;

  • Jenis kain macam stretch² sket (ala-ala Lycra) tu & tak panas (diakui oleh pembeli).


  • Kemasan di bahagian muka yang tak perlu pakai serkup kepala.


  • Dari paras dada ke atas di jahit 2 lapis supaya tak jarang.


  • Telekung ini disertakan kain pakai berwarna putih, labuh menutupi kaki  & mempunyai getah pad::a pinggang.


  • Mempunya:i 4 jenis design. (Sila rujuk gambar di bawah)


  • Mempuni saiz. S, M, L, XL dan saiz kanak-kanak. (Ukuran rujuk di bawah)


  • Saiz yang biasa dibeli adalah M dan L.


  • Tiada sulam-sulaman.


  • Originally handmade dan pasti memenuhi kriteria and






  • nota: contoh di atas adalah memakai telekung bersaiz M..

    bahagian bawah tu just renda saja..



    Cara Mengukur muka (lebih kurang):




    Ukuran labuh telekung (lebih kurang):


    Bagi semua saiz = 1.12-1.2 meter

    *bagi memudahkan anda utk order telekung kanak-kanak, anda boleh nyatakan umur kanak-kanak berkenaan.

    Perhatian:
    - Ukuran telekung sebenar berkemungkinan tepat dengan ukuran yang diberikan. Ukuran yang diberikan adalah untuk panduan pembeli.
    - Design-design di atas berkemungkinan terdapat sedikit perubahan (minor changes) dari semasa ke semasa oleh Puan Tailor semata-mata untuk memberi keselesaan kepada pemakai..

     

    Newer Post Home
    Testimoni dari Pembeli.. :)

    Suka bila telekung sampai, tengok warnanya cantik putih nya kebiru-biruan.

    Apa jenis kainnya saya tak tau, tapi macam kain tudung masa sekolah rendah dulu. Bukan jenis kain tudung yang licin yg buat tudung labuh tu tapi ala-ala kain lycra..

    Sangat sesuai nak bawak pi sembahyang terawih atau pegi travel atau haji/umrah sebab ringan dan sejuk.

    Saya beli 2 helai dengan pattern yang berbeza.....satu saya bagi mak saya, tak sangka dia begitu suka kain jenis tu. Dia kata dia cari kain ringan macam tu la, kain jenis tu pakai masa sembahyang terawih tak panas.... Dia sudah simpan elok2 itu telekung untuk bawa pergi umrah insyaallah Jun nanti.

    - Hasla..

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Kain kali ini pon best. Jahitan memang rapi. Akak paling suka bab muka tu, memang mcm hugging muka kita, so tak risau nampak rambutlah dll.

    Selesa dipakai. Sejuk je.
    Favorite akak design A..
    :-)

    - Majina, Johor Bahru (telah membeli lebih dari 4 helai)

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Kain selesa, cantik sangat..

    - Wan Fatimah Zaharah, Cyberjaya..

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Sangat puas hati..

    - Faridah, Kuantan..

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Telekung sangat selesa dipakai, anak2 pun sangat happy. Kawan2 tengok pun berkenan, so insya'Allah akan terus menyokong "telekung emak".

    - Rubita, Johor Bahru
    (telah membeli lebih dari 10 helai)


    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Telekungnya selesa; memenuhi kehendak aurat ketika mengerjakan solat & material yang selesa tidak panas dan tidak mudah koyak...amat selesa.

    - Shikin, Kuantan


    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Dengan order hari ni, saya dah beli lebih dari 5 set telekung emak ni. Memang selesa di pakai, terutama, bahagian mukanya. Kemas je... kain jenis stretch ni pun tak panas dan tak berterebangan bila berdiri bawa atau dekat kipas angin (di surau / masjid)

    - Majina, Johor Bahru


    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    memamg menepati ciri-ciri muslim, praktikal dan saya amat meminati reka bentuknya. terima kasih telekung emak..

    - Bee, Johor Bahru


    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Alhamdulillah, puas hati. InsyaAllah akan datang boleh order lagi.. :-)

    - Syahnaz, Kuantan


    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Suka sangat-sangat. Material dia ringan, tak takut nampak kulit kita. Rambut pun tak mudah terkeluar disebabkan oleh design muka telekung ini. Kawan-kawan yang melihat telekung saya pun dah buat tempahan melalui saya. Definitely will recommend them to others!

    - Zaleha Moh Yusuf Pan


    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Akak amat berpuashati dengan telekung "emak saya ni".....sungguh selesa dan tenang beribadat. tak bimbang jarang dan kain telekung berkibar mcm bendera bila solat di masjid. Baru je guna ....dh ramai yang tertanya- tanya di mana gerangan akak beli..ada yang curi2 tengok nak tanya malu...nnnt nak order lagi.....mudah- mudhn Allah panjangkan usia dgn keberkatan pada hamba- hambanya yang kreatif..

    - Kamsinah Haron


    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Alhamdulillah, telekung yg diidamkan sampai hari ni dan saya terus mencubanya. Masya Allah, akhirnya sudah jumpa telekung yg sangat selesa, tidak jarang dan yang paling penting, bahagian muka yang sangat kemas dan 'fit' elok dibahagian muka tidak seperti kesemua telekung dlm simpanan saya. Insya Allah,akan menambah koleksi saya nanti. Semoga usaha anda dan ibu tersayang mendapat barakah dari Allah.

    - Yuzlin


    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Hantar Testimoni Anda

    Blog Design by Gisele Jaquenod