Assalamualaikum,
Kepada yang telah membuat bayaran dan masih tidak menerima telekung dalam masa seminggu dari tarikh membuat bayaran (pastikan bukti pembayaran telah diemailkan kepada pihak kami), sila follow-up secara email ke telekungonline.emak@gmail.com.
Sekian..
on behalf of Emak,
anak dia.. :)
Papan Kenyataan Emak..
Papan kenyataan Emak.. :)
Notis 1
Segala pertanyaan MESTI diajukan ke email saya, telekungonline.emak@gmail.com bagi mengelakkan dari pertanyaan anda tidak dijawab.
Notis 2
Penghantaran biasanya dibuat selewat-lewatnya dalam masa 1 minggu dari hari balasan email dari pihak kami (tidak termasuk cuti am) & ketika stok ada dalam simpanan. Sekiranya stok tiada, berkemungkinan ia mengambil masa kira-kira 1-2 minggu, bergantung kepada kuantiti yang diminta dan keadaan Tailor pada waktu berkenaan.
Notis 3
Untuk pembelian borong, sila email ke telekungonline.emak@gmail.com. Pembayaran sebanyak 80% untuk tempahan yang dibuat akan dikenakan dan bakinya adalah ketika mengambil telekung berkenaan.
Harap maklum dan terima kasih.
on behalf of Emak,
anak dia.. :)
Semuanya tentang telekung..
Assalamualaikum..
saya, on behalf of emak saya, ada menjalankan bisnes jual telekung. memandangkan permintaan yg agak tinggi di kalangan rakan-rakan emak, jadi, saya mengadakan blog ni bagi memudahkan anda semua membuat tempahan bersama rakan-rakan emak itu..
semua design telekung ini diinspirasikan oleh emak saya. antara keistimewaan telekung ini adalah ianya buatan tangan (handmade) dimana tailornya berada di kedah. jadi, stok yang akan disediakan berdasarkan tempahan yang biasanya diambil sebulan skali (kebiasaannya pada pertengahan bulan) dan semestinya segar dari mesin jahit tailor.. hehe..
sila klik pada link "Spesifikasi" untuk keterangan lanjut berkenaan jenis telekung yang kami tawarkan kepada anda..
sila cuba, pasti tak rugi..
cewahh..
on behalf of Emak,
anak dia.. :)
Spesifikasi telekung..
Spesifikasi;

nota: contoh di atas adalah memakai telekung bersaiz M..
bahagian bawah tu just renda saja..Cara Mengukur muka (lebih kurang):
Ukuran labuh telekung (lebih kurang):
Bagi semua saiz = 1.12-1.2 meter
*bagi memudahkan anda utk order telekung kanak-kanak, anda boleh nyatakan umur kanak-kanak berkenaan.
Perhatian:
- Ukuran telekung sebenar berkemungkinan tepat dengan ukuran yang diberikan. Ukuran yang diberikan adalah untuk panduan pembeli.
- Design-design di atas berkemungkinan terdapat sedikit perubahan (minor changes) dari semasa ke semasa oleh Puan Tailor semata-mata untuk memberi keselesaan kepada pemakai..
Harga & cara pembayaran..
1. Telekung Dewasa = RM 65.00/pasang
2. Telekung kanak-kanak (perlu nyatakan umur): RM 48.00/pasang
3. Telekung Dewasa (Telekung sahaja tanpa kain): RM 55.00/pasang
Caj Pengeposan:
RM 7.50* - utk 1 pasang
RM 10.50* - utk 2 pasang
RM 13.00* - utk 3 pasang
*Harga berdasarkan penghantaran ke Semenanjung Malaysia SAHAJA.
Caj bagi pembelian melebihi 3 pasang akan diberitahu selepas penimbangan dibuat.
Cara Pembayaran: Cash Before Delivery
Jika ada yg berminat, sila la order melalui email (telekungonline.emak@gmail.com) dan berikan butir-butir seperti berikut..
atau boleh juga order melalui borang yang telah disediakan di web ini..
No akaun akan diberikan melalui sms/email setelah tempahan diterima. Pembayaran perlu dibuat sebelum saya menghantar telekung kepada anda. Walaubagaimanapun, makluman akan dibuat melalui sms.
Sila maklumkan butir-butir pembayaran kepada saya seperti berikut:
1. Bank (Maybank @ CIMB)
2. Tarikh & masa pembayaran
3. Jumlah
Nota: Pembelian telekung sahaja (tanpa kain) juga diterima. Harga adalah seperti yang tertera..
p.s. Kepada yg nak buat penghantaran terus kepada mak @ mak mertua di kampung, wife di kejauhan, rakan² yang dah lama tak jumpa dan kekasih² gelap di sekitar Semenanjung Malaysia (terms and conditions apply), boleh juga berbuat demikian. tak kesah punye... :)
EMF Forms Online





